.


TUAN HAJI MANAN BIN UMAR
TENAGA PENGAJAR SAMBILAN


Tuan Haji Manan bin Umar mempunyai latar belakang akademik dalam bidang perguruan.  Beliau memperoleh Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Diploma Bimbingan & Kaunseling dari UPSI serta Ijazah Bimbingan & Kaunseling dari UPM.

Beliau memulakan perjalanan sebagai seorang guru Sains di SM Sains Muzaffar Syah Melaka dan di SMK Durian Daun Melaka sebelum menjadi Kaunselor di SMK Munshi Abdullah Melaka.  Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kaunseling Unit Hal Ehwal Murid dan Ketua Penolong Pengarah / Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di JPN Melaka.

Beliau mempunyai pengalaman sebagai penceramah di agensi-agensi berikut:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jabatan Kesihatan Melaka
  • Jabatan Belia Negeri Sembilan
  • Pergerakan Belia 4B Melaka
  • Biro Tatanegara (BTN)
  • Jabatan Perpaduan Negara
  • Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
  • Jabatan Pelajaran Sarawak
  • Kolej Universiti Teknikal Malaysia (KUTKM)
  • Universiti Multimedia
  • Politeknik
  • Kakitangan Perhotelan
  • Pelbagai Syarikat swasta
  • Pelbagai Persatuan PIBG
  • Angkatan Tentera Malaysia

Antara anugerah yang telah diterimanya ialah:
  • Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pelajaran Melaka 1999
  • Anugerah Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka 2007
  • Anugerah Tokoh Kualiti (Q) Jabatan Pelajaran Melaka 2008
  • Anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) Kerajaan Negeri Melaka 2008
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Jabatan Pelajaran Melaka 2009



<<< KEMBALI



No comments:

Post a Comment