.


PUAN ZAINIDA BINTI MOHD ALI

TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

Sikap teliti dan bertanggungjawab sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia telah menjadikan Puan Zainida Mohd Ali sebagai satu aset yang berharga kepada POTO Travel & Tours Sdn Bhd.  Beliau dapat membahagikan kerja dan masa dengan baik diantara tugas hakikinya di samping menguruskan operasi pelancongan dan khidmat pelanggan sebagai Tour Leader.  Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelancongan dan biasa mengetuai group ke luar negara.

Siswazah Diploma Kesetiausahaan ini telah memulakan kerjayanya pada tahun 1991 sebagai jurutrengkas di Plus Highway dan kemudiannya sebagai setiausaha di Greenhands Construction Sdn Bhd. Pada tahun 1996, beliau menyertai Al-Hussam (M) Sdn Bhd sebagai setiausaha kepada Pengarah Jualan dimana di sinilah bermulanya pembabitan beliau dalam industri pelancongan.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai Pengurus Pentadbiran bagi Ogilvy Flywell Travel Sdn Bhd di bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.  Pengalaman lebih 2 tahun dalam syarikat pelancongan telah memberikannya tempoh yang mencukupi untuk meneroka dan menyelami bidang pelancongan yang amat menarik.

Bermula dari tahun 2006 sehingga sekarang, beliau telah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator bagi Kursus Tour Leader.




<<< KEMBALI

No comments:

Post a Comment