.


PROF MADYA DR AZLIZAM AZIZ
TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

Prof Madya Dr Azlizam Aziz adalah Ketua Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan di Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mendapat pendidikan tertinggi PhD dalam Parks, Recreation & Tourism dari Michigan State University pada tahun 2002. Beliau juga berpengalaman sebagai seorang penyelia akademik bagi pelbagai penyelidikan para pelajar di UPM, pemeriksa bagi seminar-seminar pengijazahan, serta seorang konsultan yang aktif bagi projek-projek peliharaan dan pemuliharaan ekologi di Malaysia. Beliau juga seorang penceramah panel dan moderator bagi kursus-kursus anjuran kerajaan mahupun jabatan lain seperti DWNP, JPA, LADA, PERHILITAN, Jabatan Taman Marin Malaysia dan Kementerian Belia Dan Sukan. Beliau juga adalah antara barisan juri untuk pelbagai pertandingan dalam bidang pelancongan.

Beliau telah menerima berbagai anugerah:                                          
  •  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2010
  •  Anugerah Perunding Cemerlang UPM 2009
  •  Anugerah Ahli Akademik Terbaik Fakulti Perhutanan UPM 2007
  •  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM 2006
  •  Sijil Khidmat Cemerlang 2006
  •  Sijil Khidmat Cemerlang 2005


Beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam:
  •  Penggubalan Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)    Pengajian Rekreasi UiTM 2008
  •  Bengkel Kajian Semula Dasar Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan    Malaysia 2007
  •  Konvensyen Sukan Pelancongan, Kementerian Belia Dan Sukan 2006


Prof Madya Dr Azlizam Aziz juga dilantik sebagai konsultan kanan untuk:
  • Designing And Development Of Interpretive Panels & Ecotourism Facilities At Penang National Park, 2013
  • Designing And Development Of Interpretive Facilities At National Elephant Conservation Center, Kuala Gandah, 2011
  • Designing And Development Interpretive Trail & Recreational Facilities At Kuala Woh, Tapah,Perak, 2011
  • Planning, Deisgning & Developing Interpretation Center For Bukit Nanas Forest, 2011



No comments:

Post a Comment