.


ENCIK AB RAHMAN BIN MOHD ALI

KONSULTAN KANAN

Pada 1986, encik Ab Rahman Mohd Ali memulakan langkah dalam bidang pelancongan seawal usia 20 tahun dengan bertugas sebagai kerani di Aritours Travel Sdn Bhd sebelum berhijrah ke Regal Travel pada 1987 sebagai Pegawai Jualan.  Di sini beliau menimba pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran selama empat tahun di mana tugas hakiki beliau ialah menjalinkan hubungan perniagaan dengan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Tahun 1991 bermulalah era baru dalam kerjaya beliau apabila dilantik sebagai Pengurus Umrah di Lintas Travel & Tours Sdn Bhd.  Beliau mendapat pendedahan dalam operasi dan pengurusan Umrah sebelum berkhidmat di Sri Sutra Travel & Tours pada 1995 sebagai Ketua Jabatan Pelancongan Asia Barat.

Berbekalkan pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pelancongan, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Jualan Al-Hussam (M) Sdn Bhd, anak syarikat Al-Hussam, salah sebuah pengendali logistik terbesar bagi Umrah dan Haji di Arab Saudi.  Beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi selama lima tahun sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang saham di Lintas Flywell Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengetuai keseluruhan perniagaan dan operasi syarikat.

Menyedari keupayaannya menguruskan syarikat pelancongan, beliau memutuskan untuk menjual sahamnya dan melepaskan jawatan di Lintas Flywell.  Di sinilah bermulanya POTO Travel & Tours Sdn Bhd di mana beliau ialah pemegang saham terbesar, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2004.

Berdasarkan pengalamannya dalam pelbagai sektor industri dalam kapasiti profesionalnya, encik Ab Rahman dilantik sebagai Naib Presiden Pendidikan dan Latihan MATTA dari 2009 hingga 2011.  Beliau juga merupakan salah seorang konsultan kanan dan tenaga pengajar di Shine Academy.



<<< KEMBALI

No comments:

Post a Comment