.


ENCIK AB RAHIM BIN MOHD ALI

TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

Encik Ab Rahim Bin Mohd Ali merupakan siswazah Diploma Perniagaan & Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Kewangan.  Beliau telah memulakan kerjayanya di Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Bank Standard Chartered pada tahun 1993.

Pengalaman bekerja selama 3 tahun di bank menjadikan beliau seorang yang sangat berkebolehan dalam mengendalikan pelanggan.  Pada tahun 1997 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar di Schatz Enterprise iaitu sebuah syarikat perdagangan di mana beliau bertanggungjawab menguruskan perniagaan dan kewangan syarikat.

Pada tahun 2003, beliau mula menceburi bidang pelancongan dengan menyertai syarikat POTO Travel & Tours Sdn Bhd sebagai Ketua Bahagian Tour- Indo China & Asia dimana tanggungjawab utama beliau adalah dalam bidang pembangunan produk termasuk penyelidikan, operasi dan khidmat pelanggan. Ia adalah satu perubahan besar dalam kerjayanya iaitu daripada bidang perniagaan ke bidang pelancongan.


Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Operasi yang bertanggungjawab mengendali dan menguruskan jabatan operasi dan khidmat pelanggan.  Beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi Kursus Tour Leader.



<<< KEMBALI

No comments:

Post a Comment